boyfriend : saya rasa kena kita break skrg..
girlfriend : kenapa?awak tak sayang kat saya dah ke?
boyfriend : sebab saya sayang awklah saya kena break dgn awak..
girlfriend : jadi kenapa?
boyfriend : tiap2 hari awak call saya,msj saya,tanya khabar saya..tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?
girlfriend : (diam)..
boyfriend : saya kesian dekat mak ayah awak..saya takpela.. couple ni dosa tp lelaki tanggung dosa dia sendiri..tapi awak tak..sebelum awak kahwin,mak & ayah awak akn tanggung dosa awak..awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu..mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.
girlfriend : hurm..
boyfriend : awak tunggu saya boleh?kalau ada jodoh kita,saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga ALLAH..INSYAALLAH..
girlfriend : mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu..terima kasih awak.
Saturday, 31 December 2011
Cnta sejati
Posted by Suhairi at 09:17 0 comments
Couple
Jadikan situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat bercinta.. Ketahuilah bahawa bercinta sebelum kahwin adalah jalan menghampiri zina dan ianya mampu untuk berzina...Oleh itu halalkan segera perhubungan anda itu
Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je..jangan cakap apa-apa,I pegang sikit je..boleh ye sayang??
SETAHUN SELEPAS ITU..
Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila u dah dapat..U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1 : Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1 : U akan dapat balasannya nanti . .
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA..
Lelaki : Sayang… I love u so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki : Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki : apa???? (terkejut)
Allah Swt berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)
Posted by Suhairi at 09:15 0 comments
Saturday, 12 November 2011
Fikir2 KAn...
Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
~•> Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit..
**Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita <•~
“Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.
Posted by Suhairi at 08:54 0 comments
Saturday, 15 October 2011
KnaPe X roGOl SAye
Kenapa Tak Rogol Saya?
Kisah benar ini berlaku di US.
KENAPA TAK ROGOL SAYA???
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
Posted by Suhairi at 20:43 0 comments
Friday, 14 October 2011
RokOOkkk....
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
Posted by Suhairi at 09:25 0 comments
Thursday, 6 October 2011
SubhanAllah...
Posted by Suhairi at 08:14 0 comments
KaSih Pada IlaHi...
Assalamualaikum wbt..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “
“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”
“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”
“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "
Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..
Posted by Suhairi at 06:37 0 comments

